Thursday, July 30, 2009

Ada Apa Pada Warna...

Merah, kuning, biru dan hijau. Empat warna asas yang mewarnai kehidupan kita. Setiap perkara atau benda mesti ada asas kejadian atau kewujudannya...satu hakikat yang tidak boleh dipisahkan dari fitrah kejadian alam. Apabila bercerita tentang warna, pelbagai rasa dan emosi turut tercipta melakar setiap penjuru perasaan seseorang. Kadangkala warna juga mampu mengungkapkan perasaan hati seseorang sama ada gembira atau sedih..
Kebiasaannya, warna merah cukup sinonim dengan jiwa yang berani serta agresif. Jadi tidak hairanlah jika ia dijadikan warna terapi bagi memulihkan semangat bagi mereka yang putus harapan. begitu juga dalam kebudayaan masyarakat Cina, warna merah dikatakan sebagai lambang 'ong' atau tuah. Penggunaan warna merah dalam kehidupan seharian akan memberikan mereka nasib baik dan membawa kebaikan serta keuntungan..
Kuasa warna biru pula lebih mengarah kepada perasaa tenang dan damai. dalam konteks kehidupan seharian pula warna biru melambangkan keyakinan diri yang tinggi serta sifat tenang dan cool.

Memori Zaman Kanak-Kanak

Salam buat semua..mungkin ini kali pertama kita bersua di dalam blog yang mungkin juga asing bg diri anda. Namun itu bukanlah permasalahan yang membebankan akal fikiran kita. Cukup sekadar berkongsi cerita dan pengalaman dalam hidup..bukannya apa cuma kadangkala hidup ini memerlukan kita untuk berkongsi sesuatu dengan orang lain di sekeliling kita agar kehidupan ini menjadi lebih bermakna, ceria dan gembira. Namun apabila membangkitkan isu zaman kanak-kanak,saya percaya ramai yang mempunyai kenangan yang tak mungkin mahu dilenyapkan dalam kehidupan mereka.